
Beliau seterusnya diiring ke dewan sekolah bagi menyampaikan ucapan sempena lawatannya
Dalam ucapannya, beliau amat berharap tradisi kecemerlangan sekolah ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Tambahan pula, dengan kehadiran guru-guru siswazah pada tahun ini, harapan tersebut berjaya direalisasikan.

Dewan menjadi gemuruh dengan tepukan hadirin setelah beliau mengumumkan peruntukan membaikpulih jalan utama ke sekolah. Lawatan beliau kali ini membawa perubahan besar kepada warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya. Warga Ulu Awik mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk di atas keprihatinan beliau terhadap masalah yang dihadapi warga sekolah dan penduduk setempat.
Majlis berakhir pada jam 2 petang dengan jamuan makan tengahari yang telah disediakan.
Visual Sambutan YB....
Visual Sambutan YB....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan